BENDERA Sangsaka Bangsa UMNO kini berada di UMNO Bahagian Marang apabila telah berjaya diserah oleh Dato' Haji Mohd Sabri Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada jam 11.00 pagi ini di sempadan Daerah Marang.
Ia berjaya diserahkan kepada Tuan Haji Mohd Noor Endut yang mewakili UMNO Bahagian Marang diiringi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasmira Othman dan dibawa ke Pejabat UMNO Bahagaian Marang dengan konvoi motosikal.
Sebelum itu bendera UMNO telah berada di Terengganu selepas menerimanya dari UMNO Kelantan di Kampung Pachakan Besut pada 4 Mei lalu oleh Setiausaha UMNO Terengganu Dato' Mohammad Pehimi Yusof merangkap Adun Jertih.
Seterusnya larian bendera UMNO menuju parlimen Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan seterusnya di UMNO Bahagian Marang pagi ini.
Dijangkakan pada jam 5.00 petang ini Bendera Sangsaka Bangsa akan berada di UMNO Bahagian Dungun dan bermalam di Dungun.