Rasa Terkilan Itu BIASA Dalam Politik - Nazri

KUALA KANGSAR - "Dia bukan sekadar ahli tetapi orang Umno. Dia tidak akan melakukan perbuatan yang merugikan Umno".

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika mengulas bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari yang terkilan dengan pemilihan calon mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Beliau berkata, sebagai seorang manusia, rasa terkilan itu adalah lumrah dalam kehidupan manusia.

"Ya saya kenal dia. Dia orang Umno bukan sekadar ahli. Bila orang Umno ini, kita manusia biasa, kita rasa terkilan ke, tersinggung ke, itu biasa.

"Tapi kita baca dalam laporan, dia hanya terkilan. Pada saya ia tanda positif kerana sebagai orang Umno saya tidak fikir dia akan melakukan berbuatan yang boleh merugikan umno. Saya yakin dan percaya dia tetap orang Umno," katanya.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Ramly tidak merajuk sebaliknya terkilan dengan Datin Mastura Mohd Yazid yang bersikap dingin dengannya.

Beliau meluahkan rasa terkilan terhadap satu peristiwa ketika majlis bacaan tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad apabila diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura.

Peristiwa itu didedahnya kerana mahu kekeliruan itu dijelaskan kerana sudah ada cakap-cakap mengenainya.

Mastura pada sidang medianya pula menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ramly.

No comments:

| Copyright © 2013 UMNO Terengganu Online