Wan Azizah berkata beliau akan datang semula ke Sungai Besar untuk menunjukkan cara membuat kuih tersebut sekiranya calonParti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur menang dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 18 Jun ini.
“Saya tak banyak masak, tapi saya tahu buat kuih bengkang ubi kayu jadi kalau menang (calon PAN) saya akan balik (datang Sungai Besar) dan tunjuk cara saya buat ubi kayu.
“Saya belajar buat kuih bengkang ni (walaupun) saya doktor gigi (selama 14 tahun), tapi saya belajar buat kuih bengkang ni masa pergi New York masa tunggu menantu saya nak bersalin (sebab) saya bukan pandai masak,” katanya ketika berkempen di balai raya Parit 16 Sungai Panjang semalam.
Wan Azizah turut menjelaskan ia merupakan janji beliau seandainya calon PAN berjaya merampas kerusi Barisan Nasional di Sungai Besar.
“Kalau pergi mana-mana pun boleh buat kuih ni sebab (bahan-bahan) dia boleh beli… (kuih bengkang) berasal dari ubi yang telah diparut dan diluar negeri kuih ni dipanggil ‘baked cassava’.
“Yang penting bagi menang dulu calon kita (PAN) dan saya janji akan tunjukkan sendiri cara untuk buat kuih bengkang ini,” katanya lagi.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. – SuaraTV
No comments: