Euro 2016: Itali tewaskan Belgium 2-0

PASUKAN Itali berjaya mengejutkan Belgium dalam saingan Kumpulan E dengan mengalahkan pasukan pilihan Euro 2016 itu dengan jaringan 2-0, sebentar tadi.

Gol hasil jaringan cantik dari from Emanuele Giaccherini pada minit 32 dan Graziano Pelle pada minit ke 91.

Walaupun keseluruhan perlawanan dikuasai oleh Belgium, namun pasukan yang dibarisi pelbagai pemain ternama seperti Eden Hazard itu gagal mendapatkan sebarang jaringan.

Berbeza dengan Itali yang mengekalkan corak bertahan dan membuat serangan balas ke gawang Belgium hingga berjaya mendapatkan dua gol.

Kemenangan ini meletakkan Itali di atas Kumpulan E dan mencerahkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.

Kekalahan kepada Belgium ini juga bermaksud, pasukan itu perlu menang dalam baki dua perlawanan seterusnya.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan E, Republik Ireland menentang Sweden berkesudahan seri 1-1 hasil jaringan Wes Hoolahan dan gol sendiri dari pemain pertahanan Republik Ireland, Ciaran Clark.

No comments:

| Copyright © 2013 UMNO Terengganu Online