BN Yakin Menang Di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar : Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bunga Raya dalam dewan undangan negeri (DUN) Bukit Chandan dibawah selian Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar, kontijen UMNO Terengganu diketuai oleh Dato’ Din Adam merangkap Ketua UMNO Bahagian Dungun yang akan memastikan PDM Taman Bunga Raya salah satu penyumbang kemenangan Barisan Nasional(BN) kali ini.
Jumlah pengundi PDM Taman Bunga Raya seramai 1,374 orang yang mana pengundi melayu sebanyak 802 orang, cina 381 orang, india 190 orang dan lain-lain bangsa 1 orang.
Menurut Alwi Mat,42, BN akan kekal di Kuala Kangsar ini kerana beberapa faktor dan strategi yang disusun secara bersama dengan bantuan jentera dari Terengganu.
“Melihat senario politik hari ini, beberapa strategi yang akan diguna pakai oleh jentera BN Terengganu bagi mengembalikan sokongan pengundi kepada BN yang mana berada dalam kekeliruan setelah diasak pembangkang dalam tempoh berkempen ini,” ujurnya
Sementara itu, PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

No comments:

| Copyright © 2013 UMNO Terengganu Online