FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak

1.                           Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain. 

2.                           Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.


3.                           Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran


4.                           Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.

5.                           Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.


Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

Jawapan


1.                           Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.


2.                           Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.


3.                           Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.


4.                           Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1


5.                           Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.


6.                           Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.


7.                           Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).


8.                           Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.


9.                           Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.


Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'
              
Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965

Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012

 Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.

Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.

Dakwaan 2

Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Jawapan

1.      Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.

2.      Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974

3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.

 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.


Dakwaan 3

Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan

1.            JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan.

Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan
1.                           Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.


2.                            Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik.

3.                           Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.

Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5

Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan

Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.

Dakwaan 6

Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.

Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.

Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.

Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-

Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.



IMG-20160618-WA0072
Alhamdulillah...
Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya Allah SWT sentiasa menolong dalam kebenaran.
Hakikatnya, kemenangan besar dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini membuktikan bahawa rakyat masih yakin serta menyokong Barisan Nsional (BN) walaupun pelbagai fitnah dilemparkan pembangkang sebelum ini.
Kemenangan besar ini juga merupakan tanda sokongan serta pengiktirafan pengundi-pengundi terhadap kepimpinan Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di sini juga saya ingin merakamkan TAHNIAH kepada Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Zambry Abd. Kadir memacu BN Perak dengan cemerlang sekali dibuktikan hasil pertambahan majoriti kemenangan kali ini.
Jutaan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh jentera BN Terengganu yang telah berkerja keras sepanjang tempoh berkempen di PRK Kuala Kangsar terutama di PDM angkat Terengganu Taman Bunga Raya.
Setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas akan membuahkan hasil yang cukup sempurna seperti mana kerja yang dilakukan oleh semua jentera kita di Taman Bunga Raya ini.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh jentera BN seluruh negara yang bertugas di dalam dua PRK kali ini dan semoga semua dapat pulang ke tempat masing-masing dengan selamatnya. Insya Allah...
YAB HAJI AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
Pengerusi BN Terengganu
Menteri Besar Terengganu
IMG-20160618-WA0073
3Ramai ahli PAS tengah Viral isu provikasi yang berlaku petang tadi di Taman Bunga Raya.
MACAI Pas duk kutip dibakul durian dan bukan berada semasa kejadian tersebut.
Jam lebih kurang 6.20 petang, perayu undi dari PDM Taman Bunga Raya bergerak disekitar taman itu bagi proses rayuan undi akhir ke rumah rumah.
JENTERA perayu undi diiringi skuad bermotor pemuda BN bergerak merayu dan tiba di sebuah rumah yang bersebelahan dengan rumah UPU Pas di taman itu.
Kebetulan pada masa itu juga dibawa sekali juadah berbuka puasa (Nasi Dagang Terengganu) untuk diagihkan kepada penghuni rumah-rumah yang dikunjungi.
Selepas keluar dari rumah tersebut atas dasar kejiranan dan sebagai umat Islam yang sedang berpuasa serta mempunyai syahadah yang sama lalu jentera perayu undi BN menghulurkan salam berserta dengan buah tangan untuk dijamah ketika berbuka petang tadi.
Namun niat baik jentera BN tidak disambut malahan perayu undi turut dihalau dengan cara yang keras dengan menolak salah seorang (Haji Yaakob) sehingga jatuh.
Selepas itu satu pergaduhan berlaku akibat tolakkan yang dimulakan oleh penyokong PAS (Pok Usop) dan keadaan tidak terkawal.
Salah seorang penyokong Pas menggunakan kayu yang dibalut dengan bendera memukul seorang pemuda bermotor BN dan mengakibatkan keadaan semakin tidak terkawal.
Pemuda(Fazly) tersebut jatuh dan pengsan lalu dibawa ke hospital Kuala Kangsar bagi menerima rawatan.
Provokasi yang dimulakan Pas itu nyata mengambarkan mereka TIDAK mengikuti ajaran ISLAM yang sebenar.

pengsan


UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.


Ketua Kontijen UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Dato’ Din Adam yang telah diamanahkan sebagai jeneral perang pilihan raya kecil (PRK) parlimen Kuala Kangsar (P067) pada kali ini.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah meletakkan Terengganu menjadi bapa angkat bagi  pusat daerah mengundi (PDM) Taman Bunga Raya didalam dewan undagan negeri (DUN) Bukit Chandan.

Setelah melalui tempoh berkempen selama 11 hari yang lalu, beliau telah berjaya menyusun jentera BN di PDM tersebut dengan gerak kerja yang cukup sempurna.

Beberapa permerhatian yang telah dibuat, semua jentera parti berjalan seiringan dengan hala tuju untuk kemenangan calon BN Datin Mastura Yazid di parlimen itu.

Jentera UMNOBN Terengganu dibantu dengan jentera dari Parlimen Padang Regas yang diketuai Ketua Bahagiannya Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz telah bergerak seiringan bagi memastikan BN kekal di parlimen tersebut.

Malam tadi ceramah yang telah diadakan oleh MIC telah Berjaya mengeluarkan pengundi kaum india dikawasan tersebut dengan begitu baik sekali.

Sokongan kaum india dikawasan PDM itu amat memberangsangkan dan ia diakui oleh jeneral perang UMNOBN Terengganu sendiri.

Din Adam juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Dungun, telah meramalkan PDM itu akan memperolehi kemenangan pada kali ini setelah kalah pada 2 pilihan raya umum yang lalu.

Beliau telah menggunakan pengalamannya itu semasa era Gelombang Biru ketika BN menawan kembali Terengganu tahun 2014 yang lalu dan dibawa aura tersebut mengemudi jentera di sini.






Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk berkongsi resepi mengenai cara-cara membuat kuih bengkang ubi kayu dengan masyarakat setempat di Sungai Besar.

Wan Azizah berkata beliau akan datang semula ke Sungai Besar untuk menunjukkan cara membuat kuih tersebut sekiranya calonParti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur menang dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 18 Jun ini.


“Saya tak banyak masak, tapi saya tahu buat kuih bengkang ubi kayu jadi kalau menang (calon PAN) saya akan balik (datang Sungai Besar) dan tunjuk cara saya buat ubi kayu.

“Saya belajar buat kuih bengkang ni (walaupun) saya doktor gigi (selama 14 tahun), tapi saya belajar buat kuih bengkang ni masa pergi New York masa tunggu menantu saya nak bersalin (sebab) saya bukan pandai masak,” katanya ketika berkempen di balai raya Parit 16 Sungai Panjang semalam.

Wan Azizah turut menjelaskan ia merupakan janji beliau seandainya calon PAN berjaya merampas kerusi Barisan Nasional di Sungai Besar.

“Kalau pergi mana-mana pun boleh buat kuih ni sebab (bahan-bahan) dia boleh beli… (kuih bengkang) berasal dari ubi yang telah diparut dan diluar negeri kuih ni dipanggil ‘baked cassava’.

“Yang penting bagi menang dulu calon kita (PAN) dan saya janji akan tunjukkan sendiri cara untuk buat kuih bengkang ini,” katanya lagi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. – SuaraTV

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Najib Razak lebih banyak berbakti kepada masyarakat India jika dibandingkan dengan 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) Tan Sri S Nallakaruppan.
Ditemui pemberita seusai lawatan rumah ke rumah di Taman Bunga Raya, rakan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yakin masyarakat India di Kuala Kangsar akan ‘menjaga Najib’ dan kembali ke pangkuan BN.
“Pemimpin ini (Najib) antara pemimpin yang banyak menyumbang. Najib menyokong penuh masyarakat India.
“Selama 22 tahun mentadbir negara, golongan India tidak mengharapkan apa-apa terhadap Mahathir, dan dia juga tidak melakukan apa-apa kepada golongan India. Inilah yang mereka beritahu saya di sini,” katanya.
Membentuk 7.3% penduduk Malaysia, masyarakat India dianggap antara kaum minoriti yang miskin dan dipinggirkan di negara ini.
Menjelang pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Najib baru-baru ini dilaporkan telah meluluskan beberapa peruntukan khusus untuk masyarakat India, termasuk projek naik taraf tembok padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ghandi Memorial.
Malah dalam program sama, Najib berkata dirinya ditabalkan sebagai Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Mengulas mengenai Mahathir, Nallakaruppan membidas tindakan bekas perdana menteri itu berkempen untuk parti pembangkang.
“Selepas 22 tahun menjadi PM dan menikmati pelbagai kelebihan, sekarang anda mahu menghentam BN. Apa ini?
“Anda cakap Pak Lah dan Najib tidak bagus. Sumbat Anwar dalam penjara, dan kini anda nak sokong dia. Mana prinsip anda?” katanya.
Nallakaruppan mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menganggotai PKR pada 2006.
Beliau keluar PKR dan menubuhkan MUIP pada 2007 dan menjadi komponen BN. Beliau dilantik menjadi Senator pada 2011.
Apabila ditanya tentang Anwar, Nallakaruppan sentiasa menganggap Ketua Umum PKR sebagai sahabatnya, walaupun kini dalam pihak politik yang berbeza.
“Walaupun kini berbeza (pandangan) politik, persahabatan berkekalan. Dia tetap seorang kawan,” katanya lagi.
| Copyright © 2013 UMNO Terengganu Online