IMG-20160618-WA0072
Alhamdulillah...
Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya Allah SWT sentiasa menolong dalam kebenaran.
Hakikatnya, kemenangan besar dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini membuktikan bahawa rakyat masih yakin serta menyokong Barisan Nsional (BN) walaupun pelbagai fitnah dilemparkan pembangkang sebelum ini.
Kemenangan besar ini juga merupakan tanda sokongan serta pengiktirafan pengundi-pengundi terhadap kepimpinan Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di sini juga saya ingin merakamkan TAHNIAH kepada Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Zambry Abd. Kadir memacu BN Perak dengan cemerlang sekali dibuktikan hasil pertambahan majoriti kemenangan kali ini.
Jutaan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh jentera BN Terengganu yang telah berkerja keras sepanjang tempoh berkempen di PRK Kuala Kangsar terutama di PDM angkat Terengganu Taman Bunga Raya.
Setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas akan membuahkan hasil yang cukup sempurna seperti mana kerja yang dilakukan oleh semua jentera kita di Taman Bunga Raya ini.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh jentera BN seluruh negara yang bertugas di dalam dua PRK kali ini dan semoga semua dapat pulang ke tempat masing-masing dengan selamatnya. Insya Allah...
YAB HAJI AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN
Pengerusi BN Terengganu
Menteri Besar Terengganu
IMG-20160618-WA0073
3Ramai ahli PAS tengah Viral isu provikasi yang berlaku petang tadi di Taman Bunga Raya.
MACAI Pas duk kutip dibakul durian dan bukan berada semasa kejadian tersebut.
Jam lebih kurang 6.20 petang, perayu undi dari PDM Taman Bunga Raya bergerak disekitar taman itu bagi proses rayuan undi akhir ke rumah rumah.
JENTERA perayu undi diiringi skuad bermotor pemuda BN bergerak merayu dan tiba di sebuah rumah yang bersebelahan dengan rumah UPU Pas di taman itu.
Kebetulan pada masa itu juga dibawa sekali juadah berbuka puasa (Nasi Dagang Terengganu) untuk diagihkan kepada penghuni rumah-rumah yang dikunjungi.
Selepas keluar dari rumah tersebut atas dasar kejiranan dan sebagai umat Islam yang sedang berpuasa serta mempunyai syahadah yang sama lalu jentera perayu undi BN menghulurkan salam berserta dengan buah tangan untuk dijamah ketika berbuka petang tadi.
Namun niat baik jentera BN tidak disambut malahan perayu undi turut dihalau dengan cara yang keras dengan menolak salah seorang (Haji Yaakob) sehingga jatuh.
Selepas itu satu pergaduhan berlaku akibat tolakkan yang dimulakan oleh penyokong PAS (Pok Usop) dan keadaan tidak terkawal.
Salah seorang penyokong Pas menggunakan kayu yang dibalut dengan bendera memukul seorang pemuda bermotor BN dan mengakibatkan keadaan semakin tidak terkawal.
Pemuda(Fazly) tersebut jatuh dan pengsan lalu dibawa ke hospital Kuala Kangsar bagi menerima rawatan.
Provokasi yang dimulakan Pas itu nyata mengambarkan mereka TIDAK mengikuti ajaran ISLAM yang sebenar.

pengsan


UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.
Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.


Ketua Kontijen UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Dato’ Din Adam yang telah diamanahkan sebagai jeneral perang pilihan raya kecil (PRK) parlimen Kuala Kangsar (P067) pada kali ini.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah meletakkan Terengganu menjadi bapa angkat bagi  pusat daerah mengundi (PDM) Taman Bunga Raya didalam dewan undagan negeri (DUN) Bukit Chandan.

Setelah melalui tempoh berkempen selama 11 hari yang lalu, beliau telah berjaya menyusun jentera BN di PDM tersebut dengan gerak kerja yang cukup sempurna.

Beberapa permerhatian yang telah dibuat, semua jentera parti berjalan seiringan dengan hala tuju untuk kemenangan calon BN Datin Mastura Yazid di parlimen itu.

Jentera UMNOBN Terengganu dibantu dengan jentera dari Parlimen Padang Regas yang diketuai Ketua Bahagiannya Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz telah bergerak seiringan bagi memastikan BN kekal di parlimen tersebut.

Malam tadi ceramah yang telah diadakan oleh MIC telah Berjaya mengeluarkan pengundi kaum india dikawasan tersebut dengan begitu baik sekali.

Sokongan kaum india dikawasan PDM itu amat memberangsangkan dan ia diakui oleh jeneral perang UMNOBN Terengganu sendiri.

Din Adam juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Dungun, telah meramalkan PDM itu akan memperolehi kemenangan pada kali ini setelah kalah pada 2 pilihan raya umum yang lalu.

Beliau telah menggunakan pengalamannya itu semasa era Gelombang Biru ketika BN menawan kembali Terengganu tahun 2014 yang lalu dan dibawa aura tersebut mengemudi jentera di sini.






Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk berkongsi resepi mengenai cara-cara membuat kuih bengkang ubi kayu dengan masyarakat setempat di Sungai Besar.

Wan Azizah berkata beliau akan datang semula ke Sungai Besar untuk menunjukkan cara membuat kuih tersebut sekiranya calonParti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur menang dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 18 Jun ini.


“Saya tak banyak masak, tapi saya tahu buat kuih bengkang ubi kayu jadi kalau menang (calon PAN) saya akan balik (datang Sungai Besar) dan tunjuk cara saya buat ubi kayu.

“Saya belajar buat kuih bengkang ni (walaupun) saya doktor gigi (selama 14 tahun), tapi saya belajar buat kuih bengkang ni masa pergi New York masa tunggu menantu saya nak bersalin (sebab) saya bukan pandai masak,” katanya ketika berkempen di balai raya Parit 16 Sungai Panjang semalam.

Wan Azizah turut menjelaskan ia merupakan janji beliau seandainya calon PAN berjaya merampas kerusi Barisan Nasional di Sungai Besar.

“Kalau pergi mana-mana pun boleh buat kuih ni sebab (bahan-bahan) dia boleh beli… (kuih bengkang) berasal dari ubi yang telah diparut dan diluar negeri kuih ni dipanggil ‘baked cassava’.

“Yang penting bagi menang dulu calon kita (PAN) dan saya janji akan tunjukkan sendiri cara untuk buat kuih bengkang ini,” katanya lagi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. – SuaraTV

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Najib Razak lebih banyak berbakti kepada masyarakat India jika dibandingkan dengan 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) Tan Sri S Nallakaruppan.
Ditemui pemberita seusai lawatan rumah ke rumah di Taman Bunga Raya, rakan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yakin masyarakat India di Kuala Kangsar akan ‘menjaga Najib’ dan kembali ke pangkuan BN.
“Pemimpin ini (Najib) antara pemimpin yang banyak menyumbang. Najib menyokong penuh masyarakat India.
“Selama 22 tahun mentadbir negara, golongan India tidak mengharapkan apa-apa terhadap Mahathir, dan dia juga tidak melakukan apa-apa kepada golongan India. Inilah yang mereka beritahu saya di sini,” katanya.
Membentuk 7.3% penduduk Malaysia, masyarakat India dianggap antara kaum minoriti yang miskin dan dipinggirkan di negara ini.
Menjelang pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Najib baru-baru ini dilaporkan telah meluluskan beberapa peruntukan khusus untuk masyarakat India, termasuk projek naik taraf tembok padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ghandi Memorial.
Malah dalam program sama, Najib berkata dirinya ditabalkan sebagai Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Mengulas mengenai Mahathir, Nallakaruppan membidas tindakan bekas perdana menteri itu berkempen untuk parti pembangkang.
“Selepas 22 tahun menjadi PM dan menikmati pelbagai kelebihan, sekarang anda mahu menghentam BN. Apa ini?
“Anda cakap Pak Lah dan Najib tidak bagus. Sumbat Anwar dalam penjara, dan kini anda nak sokong dia. Mana prinsip anda?” katanya.
Nallakaruppan mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menganggotai PKR pada 2006.
Beliau keluar PKR dan menubuhkan MUIP pada 2007 dan menjadi komponen BN. Beliau dilantik menjadi Senator pada 2011.
Apabila ditanya tentang Anwar, Nallakaruppan sentiasa menganggap Ketua Umum PKR sebagai sahabatnya, walaupun kini dalam pihak politik yang berbeza.
“Walaupun kini berbeza (pandangan) politik, persahabatan berkekalan. Dia tetap seorang kawan,” katanya lagi.
| Copyright © 2013 UMNO Terengganu Online